Politik

Anwar Ibrahim menang, Peja kalah di Tambun

Orang Tambun sudah boleh belajar sebut ayaq

PERSAINGAN sengit di antara calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Sri Anwar Ibrahim yang menentang calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Tambun akhirnya memberikan satu keputusan yang up set.

Anwar menang di Tambun dengan majoriti 5,328 mengalahkan Ahmad Faizal yang memperoleh undi 26, 698.

Anwar pula berjaya memperoleh 32,026.

Ahmad Faizal yang telah tiba di Ballroom Glenmarie Golf & Country Resort bagaimanapun tidak masuk ke dalam dewan utama.

Dengan kemenangan Anwar, ada yang membuat telahan bahawa beliau bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-X.

Sementara itu, lain-lain keputusan yang tidak berpihak kepada calon kesukaan netizen ialah Khairy Jamaluddin yang bertanding di Sungai Buloh yang sehingga berita ini ditulis, ketinggalan di belakang Datuk R. Ramanan dari PH.

Begitu juga calon ‘kayangan’ Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz. Bagaimanapun, keputusan rasmi akan diumumkan.

Difahamkan, Tan Sri Muhyiddin akan mengadakan sidang akhbar dalam masa terdekat. – SM

(Visited 2,508 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button