PAS akan terus mendukung kerajaan Perikatan Nasional dan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebarang kenyataan mengenai pendirian PAS terhadap kemelut itu hanya akan dikeluarkan oleh Presiden dan Setiausaha Agung.
“Ketika ini, PAS menegaskan untuk terus mendukung kerajaan Perikatan Nasional dan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta bersama-sama memberi tumpuan bagi menangani penularan wabak Covid-19 melalui strategi Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang digerakkan oleh kerajaan.
“PAS juga akan terus komited untuk membantu rakyat yang terkesan dalam menghadapi keadaan yang sukar ini,” katanya.
Tambahnya, diharapkan seluruh rakyat Malaysia bersabar dan memberikan kerjasama ke arah usaha menangani Covid-19,” katanya. -SM