Nasionalpilihan

Parti liar di Pulau Lang Tengah, Terengganu?

KERAJAAN negeri Terengganu sedang menyiasat dakwaan sebuah parti liar yang diadakan di Pulau Lang Tengah yang tular baru-baru ini.
Untuk itu, pemilik sebuah resort persendirian di Pulau Lang Tengah akan dipanggil pada Khamis berhubung penularan beberapa keping gambar dan poster memaparkan penganjuran sebuah parti berkenaan.
Memetik Astro Awani, Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, pemilik terbabit diminta mengemukakan penjelasan berhubung isu yang tular di media sosial itu.
Kata Razali, siasatan turut melibatkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).
Pada Selasa tular poster dan gambar memaparkan wanita berpakaian seksi menghadiri sebuah parti dinamakan Aloha Party yang didakwa diadakan di pulau tersebut.
Gambar tersebut mendapat perhatian ramai malah rata-rata daripada mereka mengatakan parti tersebut tidak sesuai diadakan di negeri ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button