Parti keramat, parti dirahmati, parti dilaknati
UMNO sebuah parti yang sering dikaitkan dengan parti keramat bangsa Melayu. Tetapi kini lebih terbuka dalam memperjuangkan nasib rakyat di negara ini setelah semakin hidup tertindas oleh kegagalan pemerintah menyantuni rakyat sendiri.
Bisingnya UMNO tidak perlu berguling di jalan raya mereka menggunakan kebijaksanaan untuk menewaskan usaha kerajaan yang dikesan tidak menyebelahi rakyat majoriti.
Pas pula parti yang bertunjangkan Islam gerakan mereka semakin dirahmati di bawah teraju Tun Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan keputusan bermuafakat dengan UMNO kini semakin membuahkan hasil dan menimbulkan kegerunan parti kerajaan.
Parti PKR yang diwujudkan bagi memperjuangkan keadilan pemimpin mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianiaya oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad bakai sebuah parti dilaknat kerana terkait dengan pelbagai skandal songsang.
Kongres parti itu jika tidak bergaduh memang tidak sah. Parti Bersatu pula sebuah parti yang berada di hujung nyawa kerana keterbergantungannya kepada pemimpin utama mereka Dr. Mahathir. Jika sesuatu terjadi kepada pemimpin utama itu, parti berkenaan akan runtuh kerana tidak mempunyai barisan kepimpinan pelapis yang kuat.
Parti Amanah pula parti yang sedar mereka hanya berkuasa untuk sepenggal dan para pemimpinnya sedang giat mengaut kekayaan secara terang-terangan.
Parti kerajaan yang teratur pada masa ini hanya DAP. Oleh itu tidak hairan pemimpin mereka lebih dominan di dalam banyak hal pentadbiran negara sehingga ketara mereka yang menguasai negara ini.
Keburukannya mereka terlajak ke hadapan bagaikan basikal lajak dan tidak digemari oleh majoriti penduduk negara ini, khususnya membabitkan kepentingan orang Melayu.
Kehadapan rakyat negara ini lebih bijak dalam memilih supaya negara ini berada di bawah naungan parti keramat lagi dirahmati.