Nasional

Pandemik terus menular jangan salahkan frontliners – Musa

SEMUA pihak perlu mengambil tanggungjawab tanpa mengira latar belakang, untuk menjaga prosedur operasi standard (SOP) bagi memutuskan rantaian jangkitan Koronavirus (Covid-19).

Rakyat keseluruhan tidak boleh bergantung kepada fontliners semata-mata untuk membendung penularan wabak semasa itu.

Sebaliknya, setiap individu itu sendiri perlu memainkan peranan termasuklah menghindarkan diri daripada terlibat dengan aktiviti berkumpulan di tempat awam.

“Selagi tidak mengambil serius untuk menjaga diri dan SOP dan masih galak untuk berhimpun dan berkumpul ditempat awam, kita sebahagian dari penyebab menularnya pandemik yang dihadapi.

“Jangan disalahkan frontliners kerana mereka sedang berusaha menanganinya.”

Demikian ciapan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, dalam Twitternya hari ini menggesa semua pihak main peranan dalam memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Kata beliau itu juga dilihat seperti menuju kepada sikap politikus dan anggota kabinet yang tidak menunjukkan tauladan dalam pematuhan SOP ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 berkuat kuasa.

Terdahulu, antara yang dikritik adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menghadiri program gotong-royong di Pengerang, Johor.

Tindakan bekas Timbalan Presiden PKR itu mendapat kecaman netizen yang menyifatkan menteri sendiri enggan mematuhi SOP.

Antara kecaman yang dilemparkan netizen adalah sikap menteri yang enggan mematuhi SOP menyebabkan rakyat terpaksa menanggung akibatnya seperti pelaksanaan PKP sekarang. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button