Sukan

Pandelela mahu tebus kekecewaan di Paris

RATU terjun negara, Pandelela Rinong mahu melupakan prestasi mengecewakan di Olimpik Tokyo 2020 sebaliknya kini mahu fokus untuk layak ke edisi Paris pada 2024.

Penerjun berusia 28 tahun itu bertekad untuk terus beraksi pada temasya edisi Paris 2024.

Tokyo merupakan penampilan keempatnya pada sukan olimpik.

Katanya, dia akan berusaha memperbaiki prestasia pada kejohanan akan datang, sekali gus dapat melayakkan diri bersaing pada temasya sukan berprestij itu di Paris.

“Saya akan bertanding pada Olimpik akan datang. Saya tidak akan berputus asa kerana ini bukan Olimpik terakhir saya. Saya nak berusaha lagi untuk layak bertanding di Paris,” katanya.

Pada pentas akhir di Pusat Akuatik Tokyo petang ini, Pandelela menamatkan saingan acara 10 meter platform wanita individu di kedudukan terakhir daripada 12 peserta.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button