Ekonomi

Pandanglah kami, bantulah kami…

SEJAK akhir-akhir ini cerita ayam menjadi cerita panas di mana-mana. Jenama AyamBismi kini menjadi lebih dikenali oleh seluruh rakyat Malaysia. Ada juga rupanya syarikat Melayu/Islam yang terlibat dalam industri ini.

Saya telah terlibat dalam industri ini lebih dari 34 tahun. Bermula daripada menjual ayam di Pasar tani hinggalah kini mempunyai 4 buah syarikat sdn.bhd sekarang. 18 ladang dengan kapasiti 2 juta ekor ayam , kilang dengan kapasiti sembelihan 4000 ekor sejam, ada makmal dan sebuah syarikat yang mengeluarkan “added value product “.Untuk membinanya bukan mengambil masa sehari dua.

Pernah beberapa kali dilamar oleh listed co milik non muslim tapi saya menolaknya demi maruah bangsa melayu & agama islam.

Kalau ditanya apa halangan utama untuk terus berkembang , saya menyatakan sistem birokrasi sangat-sangat memeningkan kepala.

Related Articles

Untuk menaik taraf atau membina reban ayam tertutup tidak lah semudah yang di rancangkan. Semuanya memerlukan kos dan masa yang panjang untuk mendapatkan kelulusan.

Karenah majlis adalah berbeza2 mengikut negeri dan daerah. Perkara sebegini pun kerajaan tak boleh seragamkan sehingga kehari ini .Peringkat atasan bercakap berdegang2 konon2nya ingin membantu atau memudahkan, malangnya pegawai2 yang berkuasa masih lagi dengan karenah yang bukan2.Ada juga yang membantu tapi tak ramai yang ingin melihat kaum sebangsa maju.Kita orang islam ada had2 batasan dalam menjalankan perniagaan tidak seperti bangsa2 lain ,mungkin itu sebabnya mereka lebih cepat maju kehadapan.

Modal bukannya halangan besar buat kami. Kami tak minta peruntukan berjuta-juta. Nak mengeluar ayam berjuta ekor pun boleh diusahakan. Banyak bank dan supplier ada di belakang untuk support.

Kalau kerajaan betul-betul nak lihat syarikat bumiputra sebaris dengan syarikat-syarikat bukan bumiputra menguasai pasaran , pandanglah kami,bantulah kami , permudahkan kami ..kami dah buktikan kami mampu lakukan untuk rakyat Malaysia memilih yang halal lagi toyibban …

      ..InsyaAllah we can do it .

Kredit: Jaffri Ahmad Lan Bismi

#AyamBismi

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button