KemalanganNasional

Pakar bius pandu Porsche maut kemalangan

SEORANG pakar bius berusia 50 tahun maut selepas kereta mewah jenis Porsche yang dipandunya, hilang kawalan sebelum merempuh tiang lampu di penghadang jalan dan melanggar sebuah kenderaan lain di Jalan Kluang-Batu Pahat, Johor.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi tadi, mangsa dikenali sebagai Noor Zairul Muhamad, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa memandu seorang diri dari arah Batu Pahat menuju ke Sri Gading.

“Setibanya di tempat kejadian, kereta dipandunya dipercayai hilang kawalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail berkata, kereta mangsa kemudiannya melanggar tiang lampu di batu penghadang tengah jalan sebelum terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kenderaan jenis MPV Toyota  Velfife yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 31 tahun.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu MPV cedera di bahagian kepala dan dibawa ke Hospital Pantai untuk rawatan lanjut,”ujarnya.

Mangsa yang meninggal dunia itu, katanya, bertugas di sebuah hospital swasta di Batu Pahat.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk bedah siasat dan kes, menurut Ismail, disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button