Pak Wan tewas pemilihan Naib Presiden Bersatu
BEKAS Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof tewas perebutan jawatan Naib Presiden parti itu semalam.
Beliau merupakan antara 18 calon yang bertanding dalam pemilihan Bersatu bagi merebut mendapatkan satu daripada tiga tempat dalam jawatan Naib Presiden.
Bagaimanapun, jawatan tersebut berjaya dimenangi oleh dua orang menteri dan seorang exco kerajaan negeri.
Mereka adalah Menteri Kanan Pendidikan, Senator Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.
Satu lagi kerusi Naib Presiden dipegang oleh Exco Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Mohd Rafiq. Naizamohideen.
BACA > Polis masih siasat Khairuddin – Dr. Noor Hisham – Suara Merdeka
Persidangan Bersatu peringkat bahagian yang berakhir semalam juga turut menyaksikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden selepas menang tanpa bertanding.
Turut menang tanpa bertanding adalah, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Sementara itu, jawatan bagi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap dipegang oleh Senator Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah dan Datuk Hashim Suboh.
Dalam pada itu, 20 Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu juga dimuktamadkan dalam pemilihan tersebut.
Antara yang memenuhi kerusi berkenaan adalah menteri dan timbalan menteri kabinet seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz; Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith dan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Shabudin Yahaya juga memenangi kerusi tersebut.
BACA > Ghoutah : Dalang serangan senjata kimia masih berkuasa! – Suara Merdeka
Selain itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid juga diplih sebagai Ahli MPT Bersatu.
Jawatan tersebut juga turut diungguli beberapa orang kanan Perdana Menteri dan Menteri Besar Perak seperti Setiausaha Politik Muhyiddin, Azlinda Abdul Latif.
Penasihat dan Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid juga memenangi kerusi MPT.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Bersatu, Tan Sri Syed Hamid Albar dalam kenyataannya memaklumkan seramai 23,438 perwakilan mengundi dalam persidangan bahagian masing-masing.
Namun, menurutnya hanya 177 daripada 179 bahagian berjaya mengadakan persidangan.
BACA > Najib nasihat, kejayaan adalah dengan restu rakyat – Suara Merdeka
“177 bahagian telah berjaya mengadakan persidangan manakala 2 bahagian gagal bersidang kerana ketiadaan korum,” katanya. – SM