Hiburan

Pak Nil tawar diri jadi pengacara percuma

RAMAI yang menyambut baik keputusan kerajaan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PPKB) yang digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PPKP).

Hampir semua sektor ekonomi dibenar memulakan perniagaan dan yang penting sekali ialah kebenaran untuk merentas negeri.

Di laman sosial hari ini ramai yang merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan hadapan (frontliner) yang bekerja siang dan malam demi mengekang penyebaran Covid-19.

Tidak terkecuali merakamkan ucapan terima kasih ialah pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi.

Selain ucapan terima kasih, Aznil atau lebih mesra disapa sebagai Pak Nil sanggup menjadi pengacara percuma.

“Kalau ada majlis yang ingin meraikan wira-wira frontliner ni, Pak Nil menawarkan diri untuk jadi pengacara percuma,” katanya di akaun Instagram.

Status itu mendapat reaksi positif peminatnya yang juga terkesan dengan pengorbanan barisan hadapan sejak PKP dilaksanakan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button