Nasional

Pak belang mengamuk, penternak bimbang jadi korban

PARA penternak di Kampung Lubuk Periuk, Kuala Berang, Terengganu bukan sahaja kerugian ekoran haiwan ternekan dibaham harimau belang, malah mereka bimbang nyawa juga bakal terancam.

Memetik laporan Harian Metro. seorang penternak lembu di kampung itu berkata dia telah menanggung  kerugian hampir RM40,000 ekoran 20 lembunya sudah dibaham haiwan itu sejak 10 tahun lalu.

Sumani Mohamad berkata, yang terbaharu adalah pada Khamis dan Sabtu lalu menyebabkan dua lembunya mati.

Katanya, kini kebimbangan bukan sekadar kehilangan haiwan ternakan malah kemungkinan dia sendiri boleh menjadi mangsa pak belang itu terutama ketika menguruskan ternakannya.

Sejak 2011 katanya, setiap tahun pasti akan ada lembu ternakannya maut dibaham.

“Dalam kejadian terkini, saya sedar pada Khamis lalu apabila saya tiba di kandang, kira-kira pukul 7 pagi dan melihat seekor lembu mati, manakala kejadian berikutnya berlaku Sabtu.

“Boleh dikatakan setiap tahun, pasti ada ternakan yang menjadi korban dan kebiasaannya empat hingga enam ekor akan mati.

“Kejadian ini bukan sahaja menyebabkan saya rugi tetapi turut dihantui kebimbangan dengan keselamatan diri saya sendiri ketika berada di kandang,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button