Uncategorized

Warga tanpa dokumen juga perlu vaksin Covid-19

KERAJAAN diminta untuk tidak meminggirkan individu yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri untuk mendapatkan vaksin Koronavirus (Covid-19) secara percuma.

Mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri ini mungkin terdiri dalam kalangan migran ataupun penduduk yang lahir tetapi tidak boleh berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Golongan seperti ini juga terdedah dengan risiko jangkitan Covid-19 dan berkemungkinan boleh menjangkiti orang lain yang terdekat.

Tiada dokumen pengenalan diri tidak seharusnnya menjadi alasan kepada kerajaan untuk menidakkan hak mereka untuk mendapatkan vaksin bagi melindungi diri daripada terkena jangkitan wabak pandemik.

“Akses kepada penjagaan kesihatan adalah hak asasi yan seharusnya dinikmati oleh semua orang tanpa mengira status mereka.

“Hak kepada kesihatan merangkumi hak kepada sebuah sistem perlindungan kesihatan yang memberikan peluang sama rata kepada semua untuk mendapat akses kepada penjagaan kesihatan.

“Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) juga berharap agar Kerajaan akan merealisasikan keputusan mereka untuk menyediakan vaksin percuma kepada migran tanpa dokumen.”

Demikian kenyataan Suhakam hari ini yang juga meminta kerajaan tidak mengambil tindakan kepada mereka disebabkan status tidak berdokumen.

Badan hak asasi manusia itu bagaimanapun menyambut baik keputusan kerajaan untuk menyediakan vaksin Covid-19 secara percuma kepada bukan warganegara  yang menetap di Malaysia.

Keputusan tersebut dijangka akan melibatkan diplomat, pegawai dagang, pelajar, pasangan warga asing dan anak mereka, pekerja asing dan pemegang kad USuruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).

“Langkah ini boleh dilihat sebagai satu pengiktirafan terhadap prinsip akses kepada kesihatan bagi semua orang di Malaysia.

“Ia sejajar dengan prinsip anti-diskriminasi serta layanan sama rata seperti mana yang diisytiharkan dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).

“Dalam hal ini, Suhakam menyambut baik kesediaan Kerajaan untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan ke arah memastikan program imunisasi yang efektif kepada semua,” katanya. – SM

(Visited 218 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button