BeritaNasional

Pahang rekod kenaikan kes HFMD enam kali ganda

PAHANG menunjukkan peningkatan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) enam kali ganda sejak januari hingga semalam.

Dalam tempoh itu sebanyak 1,288 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan di negeri itu.

Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus, berkata itu adalah peningkatan sebanyak enam kali ganda berbanding 200 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Menurut beliau, daripada 1,288 kes itu, 38 kes atau 10.7 peratus adalah kes yang dikenal pasti hasil daripada penularan yang berlaku di 27 taska, tadika dan prasekolah seluruh Pahang.

“Bagaimanapun, penutupan premis bergantung kepada penilaian risiko yang dibuat oleh Pejabat Kesihatan Daerah.

“Sebanyak 1,150 kes atau 89.3 peratus pula berlaku secara sporadik.

“Kebiasaan jangkitan adalah ringan (mild) dan tiada rawatan khusus atau rawatan alternatif untuk merawat jangkitan HFMD.

“Rawatan diberikan hanya untuk mengurangkan gejala yang dialami pesakit seperti jika pesakit demam, antipyretic yang akan diberikan.

“Justeru, pesakit dinasihat untuk minum banyak air kosong untuk mengelakkan dehidrasi sepanjang tempoh jangkitan, mendapatkan rehat secukupnya dan mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button