Overdos 2018, Demi Lovato diserang strok tiga kali dan satu serangan jantung
Demi Lovato sekarang bersikap lebih terbuka tentang kesukaran dan ceritanya dalam menangani masalah kesihatan mentalnya dan juga tentang penyalahgunaan dadah sepanjang kariernya.
Dalam sebuah dokumentari tahun 2017, dia bercakap tentang sejauh mana penyalahgunaan dadah ketika dia masih remaja.
Pada tahun 2018, Lovato melancarkan lagu berjudul Sober, di mana juga menceritakan tentang dirinya dan penyalahgunaan dadah yang dia lalui.
Terbaru, Demi Lovato telah bercerita mengenai dirinya yang pernah overdos (penyalahgunaan dadah) pada tahun 2018 buat pertama kalinya.
Lovato mendedahkan perkara tersebut menerusi sebuah dokumentari berkata bahawa dia sudah hamper mati pada ketika itu.
Bintang pop AS, 28, dibawa ke hospital setelah dia didapati tidak sedarkan diri di rumahnya di Los Angeles.
Selama enam tahun dia telah tidak terjerumus dengan penyalahgunaan dadah setelah menjalani rawatan bagi masalah ketagihan alkohol dan dadah.
Lovato bercakap mengenai overdosnya dalam treler siri dokumentari YouTube terbarunya, Dancing With The Devil.
“Saya diserang strok sebanyak tiga kali,” kata Lovato.
“Saya mengalami serangan jantung.
Doktor saya mengatakan bahawa saya mempunyai lima hingga 10 minit lagi,” tambahnya.
Dalam temu bual dengan Associated Press, penyanyi itu mengatakan bahawa overdos telah menyebabkannya mengalami kerosakan otak.
“Saya masih sedang mencuba untuk menangani kesannya hingga ke hari ini,” katanya lagi.