Hiburan

Bukan senang nak buka hati untuk berkahwin kali ke tiga – Syanie

SELEPAS dua kali bercerai, pelakon, Syanie Hisham mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama dengan perunding kewangan, Zahril Hafiz Mohammed Nor pada pukul 9 pagi tadi.

Majlis pernikahan itu berlangsung dalam suasana ringkas yang diadakan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Syanie berkata dia mengucapkan syukur kerana majlis berjalan lancar walapun hanya disaksikan oleh bapa, adik perempuannya dan abang kepada pengantin lelaki.

“Sepatutnya majlis keraian akan diadakan pada 21 Februari tetapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita terpaksa menangguhnya sehingga ke bulan hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, Syanie turut memberitahu yang bukan mudah untuknya membuka hati dan berkahwin kali kedua selepas apa yang berlaku sebelum ini.


Gambar ihsan TheLane.my

“Melihatkan keikhlasan dan kejujuran hatinya telah membuka hati saya kembali menikmati kemanisan ini. Kalau ikutkan dia mula mendekati saya sejak tiga tahun lalu. Ketika itu, saya fikir belum masanya cari pengganti.

“Ternyata pengalaman lalu telah mematangkan diri saya. Setahun lalu dia bersungguh-sungguh mahu memancing hati saya. Pada Jun tahun lalu, dia suarakan isi hati kepada ibu untuk memperisterikan saya.

“Dengan menunjukkan sikap budimannya juga antara sebab yang buat saya tersentuh. Dia menjadi lelaki pertama yang berani cakap nak kahwin dengan saya dekat ibu,” katanya.

Kata Syanie yang sebelum ini sudah lima tahun hidup solo, suaminya juga bergelar duda, tetapi tidak dikurniakan cahaya mata.

“Mungkin masing masing tahu kehidupan lampau bagaimana dilalui kami. Jadi mungkin itu yang buat kami jadi klik,” katanya

Bekas peserta MasterChef Selebriti musim kedua itu mendirikan rumah tangga 1996 dan bercerai pada 2002. Seterusnya perkahwinan kedua pada 1 Mac 2014, namun berpisah pada 2016.  -SM

(Visited 148 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button