Orang US impress dengan penampilan Jojo memperagakan Baju Melayu!
ATLET peninju muda, Johan Ghazali sekali lagi meraih perhatian orang ramai apabila memperagakan baju Melayu jenama Bulan Bintang ketika berada di Denver, Amerika Syarikat (AS).
Penampilan Jojo yang dilihat sangat elegen, mengenakan baju Melayu berwarna hijau emerald dan sampin warna hitam sehingga menambat perhatian tetamu dan petugas media yang hadir ke sesi temubual tersebut.
Untuk rekod, sejak Johan sertai ONE Championship, beliau tidak pernah tewas dalam lima pertarungan.
Sehinggalah beliau bertemu Nguyen Tran Duy Trat, seorang petinju berpengalaman dari Vietnam. Johan tewas selepas tiga pusingan dalam satu pertarungan yang berlangsung pada awal Jun lalu.
Justeru, pertarungan menentang Crus dalam kategori flyweight muay thai itu akan menjadi aksi kompetitif pertama buat Jojo dalam tempoh tiga bulan sejak Jun lalu.