Politik

Orang UMNO jangan cepat melenting hanya kerana rakaman audio

AHLI-AHLI UMNO tidak perlu terus melenting ekoran tularnya rakaman audio kononnya dikatakan perbualan telefon yang  mengaitkan Presiden, Datuk Seri Dr.  Ahmad Zahid Hamidi dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Mohamad berkata, perkara itu perlu disiasat dan tidak boleh dipercayai 100 peratus.

Sebab itu katanya, UMNO Perak buat masa ini tidak akan mengambil apa-apa tindakan sebaliknya menunggu siasatan mengenai keasliannya ataupun ia telah diedit.

“Nasihat saya kita tak boleh terima 100 peratus. Tunggu hingga siasatan dibuat. Elok tanya Presiden parti betul ke tak betul.

“Nasihat saya juga kepada rakan-rakan jangan cepat melenting, jangan cepat buat tindakan-tindakan atas emosi, kita kena rasional, kita kena tanya tuan tubuh sendiri,” katanya ketika ditemui pada Program Menteri Besar Bersama Rakyat di Parlimen Tanjung Malim hari ini.

Beliau mengulas mengenai rakaman audio perbualan telefon yang tular itu yang dikaitkan  sebagai perbualan  antara Ahmad Zahid dan Anwar.

Ahmad Zahid menafikan wujud perbualan telefon itu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button