Rencah Hidup

Orang awam yang prihatin, pengarah filem dikompaun RM10,000

10,000 ringgit terbang macam tu sahaja! Nasib seorang pengarah filem yang terpaksa membayar kompaun sebanyak itu kerana dia didapati bersalah melangar SOP.

Kesalahan pengarah itu, menjalankan aktiviti penggambaran di tempat awam iaitu di lokasi Jeti Penambang 2, Bukit Pelandok, Seremban.

Inilah hasil aduan orang awam kepada polis terhadap aktiviti penggambaran di tempat awam oleh pengarah berkenaan.

Kompaun dikeluarkan oleh polis terhadap pengarah berusia 59 tahun itu semasa penggambaran sedang dijalankan di jeti tersebut.

Jadikanlah ini satu iktibar kepada pengusaha dan penggiat seni di luar sana. Perlu sentiasa hati-hati dalam menjalankan penggambaran di tempat awam.

Jangan ambil mudah, patuhi SOP dalam kita semua PKP kerana aka nada orang awam yang membuat laporan polis sekiranya mereka mendapati, ada berlaku sesuatu yang tidak kena berkaitan dengan SOP.

Jangan marah kalau kena bayar kompaun yang tinggi kerana orang lain tidak akan faham betapa sukarnya golongan karyawan atau anak seni yang mencari rezeki dalam keadaan Covid-19 tidak dapat dikekang daripada penularan sehingga ke hari ini.

Walaupun sudah lebih setahun rakyat Malaysia dilanda pandemik Covid-19 namun apabila seluruh negara dikenakan PKP sehingga Jun nanti, apa lagi yang mampu dibuat oleh kita semua kecuali bersabar dan tabahlah duduk dalam rumah.

Hanya mereka yang terlibat dalam kerja-kerja penggambaran sahaja yang akan faham betapa pahitnya kehidupan kerana tidak ada job dan tidak boleh shooting.

Kita perlu jaga diri kita, keselamatan dan kesihatan diri kita sendiri. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button