Operasi ‘downgrade’ Facebook gara-gara sokong Israel
Pengguna Facebook dipercayai melancarkan gerakan menurun taraf rating laman sosial itu dilihat terlampau pro-Israel.
Setakat ini apps Facebook di Apple Apps Store turun kepada 1.5 bintang sahaja.
Sebelum ini para pengguna merungut kerana akaun Facebook mereka digantung atau dipadam hantaran yang mengecam Israel.
Hinggakan kartus menyindir Israel merampas tanah Palestin tidak dibenarkan oleh Admin Facebook.
Rakyat Malaysia dengan pelbagai cara menunjukkan solidariti bersama Palestin.
Tindakan tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas Palestin telah mengorbankan ratusan nyawa orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.
Bagaimanapun Israel cuba mengaburi masyarakat dunia dengan menyatakan mereka hanya memerangi pengganas dan juga mangsa keganasan apabila Hamas membalas dengan serangan roket.