Ekonomi
Opcom dapat kontrak bekal kabel fiber optik TM
OPCOM Cables Sdn Bhd, anak syarikat Opcom Holdings Bhd dianugerahkan kontrak RM8.41 juta daripada Telekom Malaysia Bhd (TM).
Ia bagi mengeluar, membekal dan menghantar kabel fiber optik dari 16 Ogos 2021 hingga 20 Mei 2022.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Opcom berkata kontrak itu dijangka menyumbang positif kepada perolehan dan aset bersih kumpulan sepanjang tempoh penganugerahan.