Nasionalpilihan

Nurulhidayah lega pernikahan sudah disahkan di Malaysia

ANAK kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid kini legas selepas pernikahannya bersama suami disahkan oleh kerajaan Malaysia.
Dalam hantaran di Instagram, Nurulhidayah berkata, ia mengambil masa selama tujuh tahun untuk mendapatkan pengesahan itu.
“Alhamdulillah selepas tujuh tahun, segalanya menjadi proses dan pengajaran dalam sebuah perjalanan hidup
“Jangan mengambil mudah perkara yang kita anggap mudah dan menjadi kebiasaan bagi mereka yang mengambil kesempatan atas ‘kemudahan’ yang bakal memberi implikasi di kemudian hari,” katanya.
Bagaimanapun  status perkahwinan Nurulhidayah dengan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff difahamkan adalah sah di sisi agama. Cuma surat nikah daripada kerajaan Arab Saudi tetap perlu diperakui di Malaysia.
Ini kerana menurut Nurulhidayah, sebarang perkahwinan di luar negara perlu mendapat pengesahan kerajaan Malaysia terlebih dahulu.
“Pernikahan di luar negara perlu mendapat pengesahan di Malaysia baru boleh dapat surat dan sijil nikah dari kerajaan Malaysia,” ujarnya.
Nurulhidayah mendirikan rumahtangga bersama pilihan hati di Masjidil Haram, Mekah pada 2017.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button