Nuren Group rai 100 pemenang jenama keibubapaan di Motherhood Choice Awards
Motherhood.com.my, platform keibubapaan nombor satu di Malaysia yang menawarkan pelbagai sumber untuk ibu dan bakal ibu di bawah Nuren Group, telah menghargai lebih 100 jenama semasa Motherhood Choice awards (MCA) 2022, satu majlis anugerah yang ditubuhkan untuk mengiktiraf jenama-jenama bayi dan ibu yang paling selamat dan inovatif di pasaran Malaysia.
Selepas setahun berehat pada 2020, MCA tahun ini menandakan edisi ketiga anugerah berprestij itu dalam meraikan kemunculan semula anugerah yang dinanti-nantikan selepas pandemik, dan sebagai prospek yang lebih teguh untuk Motherhood bagi tahun akan datang.
Meraikan kecemerlangan dan inovasi kreatif jenama-jenama yang menyumbang dan berjaya menambat hati para wanita dalam perjalanan keibuan mereka, anugerah tahun ini menunjukkan pencalonan yang membanggakan dalam pelbagai kategori daripada Kehamilan kepada Bayi Baru Lahir, kepada Anak Kecil dan Keluarga, dan banyak lagi.
Melalui tempoh pengundian selama 4 bulan dari 1 Mei-16 September, calon-calon dan para pemenang tahun ini dipilih oleh lebih 5,000 ibu di seluruh negara yang mengundi jenama pilihan mereka yang paling digemari dan dipercayai.
Dengan lebih 130,000 undian daripada ibu-ibu yang mengambil bahagian dalam tempoh mengundi, tetamu acara Motherhood Choice Awards 2022 telah menyaksikan Manulife Malaysia, Clearblue, Bio-Oil, Ayam Brand, BZU BZU, Anmum Materna, Anmum Essential, Vitagen, CryoCord, Tommee Tippee, Byond28 Confinement Care, Baby Carrie, Carrie Junior, Bubs Easy-Digest Goat formula milk, Babylove, Tanamera, Sunway Pyramid dan Dr Aizul Hafizi Healthcare muncul sebagai jenama yang berjaya menambat hati para ibu dengan produk dan servis mereka yang inovatif serta menakjubkan buat para ibu dan komuniti keibubapaan.
Mengulas mengenai acara penting ini, Petrina Goh, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Nuren Group berkongsi: “Saya amat berbangga dengan pemenang tahun ini termasuklah jenama-jenama yang telah dicalonkan. Perjalanan keibuan atau keibubapaan memerlukan komitmen dan usaha yang tinggi dan perkara ini bukanlah sesuatu yang asing bagi kami.
“Jenama-jenama ini telah memberikan dedikasi yang tinggi untuk menghasilkan produk dan penyelesaian yang sangat berguna untuk ibu bapa dan kanak-kanak di Malaysia. Namun, mereka tidak mendapat penghargaan yang sepatutnya. Oleh itu, majlis ini meraikan dan mengiktiraf adiwira tanpa nama yang banyak membantu dalam kehidupan seharian ibu-ibu. Tahniah diucapkan kepada semua.”
Selain memberi penghormatan kepada pemenang jenama-jenama terbaik dalam majlis anugerah itu, Motherhood Choice Awards 2022 juga mengambil peluang untuk memberikan penghargaan kepada Pempengaruh Supermum daripada Ibuencer.com, platform pemasaran pempengaruh di bawah Nuren Group yang turut menjadi sebahagian besar daripada komuniti Motherhood, sentiasa melibatkan diri dan menyediakan kandungan yang menyeronokkan dan berguna kepada para ibu di seluruh Malaysia.
Sebanyak 25 Pempengaruh Supermum yang hebat dan anggun termasuk Wandoncha, Suki Kiew, Amira Ahmad, Cherish Ling turut diberi penghormatan semasa majlis tersebut.
Majlis itu dihadiri lebih 150 tetamu yang dihargai termasuk wakil jenama dari pelbagai industri, Pempengaruh Supermum serta rakan-rakan dan rakan kongsi Nuren Group dan Motherhood.com.my.
Majlis yang telah dianjurkan bersama kolaborasi Shangri-La Kuala Lumpur, Famsy Sdn Bhd dan juga BloomThis Flora Sdn Bhd, Motherhood Choice Awards 2022 juga dimeriahkan dengan sesi rangkaian sesama tetamu, memberi peluang kepada semua hadirin untuk berinteraksi antara satu sama lain serta berpotensi membina hubungan profesional yang bermanfaat.
Terkenal sebagai salah satu program anugerah yang terunggul dalam komuniti keibubapaan, Motherhood Choice Awards bertujuan untuk memperjuangkan jenama yang telah menyumbang ke arah membantu wanita sebelum dan sepanjang perjalanan penting mereka sebagai seorang ibu. Dengan slogan tahun ini “Untuk ibu, Oleh ibu”, program anugerah ini turut memberi peluang kepada para ibu untuk menjadi sebahagian daripada anugerah dan komuniti melalui kaedah pengundian awam yang membolehkan para ibu berkongsi pilihan mereka dengan ibu-ibu yang lain.
“Di Nuren Group dan Motherhood.com.my, kami mengutamakan dedikasi kami kepada para wanita dan ibu. Ini kerana komuniti sebegini merupakan sesuatu yang penting bagi sesiapa sahaja yang memasuki fasa baharu dalam kehidupan. Motherhood Choice Awards bermatlamat untuk menjadi program terkemuka yang mempamerkan pengiktirafan bagi jenama yang telah membuktikan diri mereka dalam menyediakan produk dan perkhidmatan luar biasa yang telah membantu memudahkan perjalanan keibuan untuk berjuta-juta ibu di negara ini serta di serantau,” tambahnya lagi.
Motherhood Choice Awards 2022 juga akan meneruskan inisiatif ini dengan memberi ruang untuk para ibu mengetengahkan jenama dan perkhidmatan pilihan terbaik mereka. Anugerah ini turut memainkan peranan sebagai platform yang memberi peluang kepada pemain utama dalam industri, jenama dan pempengaruh dalam kalangan para ibu untuk bersosial dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain, mengembangkan rangkaian sosial mereka dengan potensi untuk mewujudkan pelbagai kolaborasi bagi penambahbaikan masa depan industri yang semakin berkembang ini.
Kehidupan yang Sihat dan Selamat untuk Ibu dan Kanak-kanak
Dalam upacara ini, dua jenama telah menonjol sebagai pemenang kehormat Motherhood Choice Awards 2022. Jenama insurans, Manulife Malaysia, menerima Anugerah Pelan Perlindungan Kanak-kanak Terbaik untuk produk pranatal mereka, Manulife Precious Gift. Pengiktirafan itu dianugerahkan kepada jenama yang memberikan komitmen yang tinggi dalam menyediakan perlindungan menyeluruh untuk kanak-kanak, dari segi fizikal dan juga kewangan. Manulife Precious Gift menyediakan perlindungan penting seawal 13 minggu kehamilan agar ibu bapa boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada perjalanan dan pengalaman keibubapaan mereka.
“Anugerah Pelan Perlindungan Kanak-kanak Terbaik ini merupakan satu penghormatan buat kami. Anugerah ini juga menjadi simbol kepercayaan ibu bapa kepada jenama Manulife.
“Hasrat kami adalah untuk melindungi ibu dan bayi dari perkara-perkara negatif yang mungkin muncul dalam kehidupan seharian. Pengalaman menjadi ibu, terutamanya untuk kali pertama, boleh menjadi menarik dan juga mencemaskan pada masa yang sama.
“Tetapi sebagai ibu, kita semua faham ianya akan menjadi satu pengalaman yang amat berbaloi. Perjalanan keibubapaan yang bermula dari saat kehamilan turut akan menjadi satu pengalaman terindah bagi para ibu.
“Ketika hamil, setiap fasa perkembangan bayi boleh menyebabkan ibu bapa tertanya-tanya keadaan bayi mereka. Dengan Manulife Precious Gift, kami ingin melindungi para ibu dan bayi mereka untuk melalui setiap hari dengan lebih baik,” kata Rosalynn Lai, Naib Presiden Pemasaran di Manulife Malaysia, ketika menerima anugerah ini.
Dalam pada itu, jenama ujian kehamilan, Clearblue, telah menerima anugerah kehormat Kit Ujian Kehamilan Terbaik bagi produk Kit Ujian Kehamilan Digital Clearblue.
Sebagai satu nama yang terkenal dalam kalangan wanita dan ibu, Clearblue menerima anugerah ini atas kecanggihan teknologi dalam ujian kehamilan mereka.
Dengan konsep penunjuk baharu dan dwi-sensor pintar, Kit Ujian Kehamilan Digital ini memberikan keputusan yang boleh dipercayai bagi membantu bakal ibu dalam menentukan kehamilan mereka dengan lebih tepat.
Ellaine Lee, Pengurus Kanan Produk Germax Sdn Bhd berkongsi, “Anugerah ini membuktikan keberkesanan produk kami dalam kalangan wanita dan ibu-ibu di seluruh negara. Sebagai satu jenama yang sentiasa berusaha untuk menambah baik teknologi ujian kehamilan, kami amat terharu dengan pengiktirafan yang diberikan. Kami berharap agar matlamat untuk memastikan semua wanita mendapat akses kepada ujian kehamilan yang selamat, tepat dan mudah akan terus dicapai.”