Sukan

Nur Ain Nabilah-Aleena menang Anugerah Atlet Terbaik SAM

PEMAIN boling padang negara, Nur Ain Nabilah Tarmizi-Aleena Ahmad Nawawi mencipta sejarah apabila muncul wakil boling padang memenangi Anugerah Atlet Terbaik pada Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2023 di sebuah hotel di ibu negara malam ini.

Mereka mengatasi dua bintang skuasy negara S Sivasangari dan Ng Eain Yow, atlet wushu Wong Weng Soon serta juara tenpin boling dunia Natasha Mohamed Roslan.

September lalu, Nur Ain-Aleena mencipta sensasi menamatkan kemarau 15 tahun tanpa pingat emas buat Malaysia pada aksi final pairs wanita pada Kejohanan Boling Padang Wanita 2023 dengan menewaskan wakil Malta, Rebecca Rixon-Connie Rixon, 15-12 di di Gold Coast, Australia.

Aleena mengakui mereka amat terharu menjadi wakil pertama sukan boling padang dinobatkan sebagai Atlet Terbaik tahun lepas.

“Kejayaan hari ini sangat bermakna kami tersenarai dalam Anugerah SAM dan pecah rekod muncul atlet pertama boling padang menang Anugerah Atlet Terbaik,” katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu, juara Sukan Paralimpik 2020, Cheah Liek Hou mempertahankan gelaran Atlet Para Terbaik dengan menumpaskan calon lain iaitu jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin dan atlet boccia Noor Askuzaimey Mat Salim. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button