Hiburan

Noryn Aziz selamat menikah dengan Shaik Rizal

PENYANYI Noryn Aziz yang pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad suatu ketika dahulu, selamat disatukan dengan Shaik Rizal Shaik Sulaiman.

Majlis pernikahan pasangan ini diadakan secara tertutup di Damansara, malam tadi.

Noryn yang pernah menyertai program realiti televisyen musim kelima lalu, menikah dengan usahawan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Pasangan ini memilih untuk bernikah lebih awal berbanding perancangan yang sepatutnya, menikah pada 25 Oktober ini.

Perubahan pernikahan disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikeluarkan untuk negeri Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Related Articles

Ekoran PKPB yang bermula semalam, Noryn dan suami terpaksa meminda majlis resepsi yang sepatutnya diadakan di sebuah hotel pada 1 November ini.

Tahniah dan Selamat Pengantin Baharu, Noryn dan Shaik Rizal. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button