Politik

No! Menteri sanggah ciapan Penolong Pengarang Berita Malay Mail

NO (Tidak benar). Itu balasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Albakri terhadap ciapan Penolong Pengarang Berita Malay Mail Zurairi Abdul Rahman.

Dalam ciapannya, Zurairi berkata: “Tidak, bukan kesilapan. Dia silap cakap dan kini menjelaskannya”.  Zurairi membalas ciapan pengikutnya, @Siriuslycold berkaitan laporan berita Malay Mail bertajuk  ‘Jakim launches Covid-19 fund to help Malaysia’s Muslim in need’ semalam.

“So now we know it was Malay Mail’s error… apa yang korang defend tadi?” ciap @Siriuslycold selepas Dr. Zulkifli menegaskan laporan yang dibuat oleh Malay Mail adalah tidak benar tabung yang ditubuhkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya untuk orang Islam..

 

 

Laporan berita tersebut menyebabkan beberapa pihak mengkritik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana dituduh hanya membantu orang Islam sahaja ketika wabak Covid-19 melanda.

Turut melontarkan kritikan adalah peguam kontroversi Siti Kasim yang menyifatkan tindakan Jakim membantu umat Islam sahaja sebagai memalukan.

“Ini memalukan! Saya lebih suka membantu organisasi yang akan membantu semua rakyat Malaysia!

“Orang-orang ini seolah-olah sentiasa membezakan dan memisahkan diri dari ‘nons’. Mencari derma dari semua tetapi hanya digunakan untuk umat Islam? Menunjukkan bagaimana hodohnya tindakan ini.

“BTW, tiadakah baki wang zakat untuk membantu umat Islam? Di mana wang itu?” tulis Siti Kasim di Facebook beliau.

Dr. Zulkifli semalam menggesa Malay Mail agar membetulkan laporan bertajuk ‘Jakim launches Covid-19 fund to help Malaysia’s Muslim in need’ dan memohon maaf.

Menurut Dr Zulkifli, beliau tidak pernah berkata Tabung Saadah Jakim Covid-19 khusus untuk membantu orang Muslim sahaja.

Tegasnya, beliau beberapa kali mengulangi tabung tersebut untuk mereka yang memerlukan, termasuk barisan hadapan dan lain-lain seperti kader kumpulan pengurusan jenazah dan yang berkeperluan.

“Saya tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk kenyataan yang tidak menggambarkan pendirian saya sejak 6 tahun menjadi penjawat awam, terutamanya melibatkan isu hubungan antara agama dan kaum.

“Dengan penuh rasa hormat, saya meminta pihak Malay Mail membetulkan kenyataan tersebut dan membuat permohonan maaf atas hal ini,” kata Dr. Zulkifli.

[BACA ARTIKEL] Lapor dana hanya untuk orang Islam, menteri mahu Malay Mail mohon maaf

Malay Mail  semalam melaporkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah melancarkan dana untuk membantu masyarakat Islam yang terjejas oleh wabak Covid-19.

Portal tersebut melaporkan, Dr Zulkifli berkata, kerajaan akan menyalurkan sumbangan tabung tersebut kepada umat Islam yang memerlukan.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button