Belang BertempatNasionalPembacaRencah Hidup

NGO Pencinta Binatang Tiada Kaitan Dengan Rider Foodpanda Kerana Mangsa Adalah Manusia!

Sehingga ke hari ini nasib seorang rider wanita Foodpanda yang berdepan kemalangan setelah dikejar anjing liar belum mendapat respon daripada ahli badan bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan cinta binatang.

Hal ini kerana salah satu puncanya mangsa adalah manusia dan bukannya anjing liar yang akan ditangkap oleh pihak berkuasa untuk tujuan susulan kerana mengganggu dan mencederakan orang awam.

Dalam hal ini, terdapat tiga penyelesaian untuk memastikan kes reda dan nama NGO yang berteraskan cinta binatang bebas daripada dikaitkan dengan perjuangan mereka.

Pertama, menganggap mangsa adalah haiwan dan anjing liar itu adalah manusia. Maka dengan itu, bolehlah makian, saranan serta laporan polis dibuat oleh NGO yang berteraskan cinta binatang ke atas anjing liar itu.

Kedua, keluarkan kenyataan mahu pun saranan agar pihak berkuasa menangkap haiwan tanpa tuan ini untuk ditempatkan di halaman rumah ahli NGO yang berteraskan cinta haiwan.

Ketiga, ahli NGO yang berteraskan cinta haiwan tampil membantu mangsa yang cedera akibat dikejar anjing liar tanpa ada sebarang prejudis atau tip motivasi ‘lain kali jangan lari kalau anjing kejar’.

Sekiranya NGO yang berteraskan cinta haiwan gagal atau tidak melakukan salah satu perkara di atas, lebih baik bubarkan sahaja pertubuhan yang diwujudkan mengikuti kaedah ROS.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button