Luar Negara

New Zealand tekad kurangkan ancaman keganasan

KERAJAAN New Zealand komited mengurangkan ancaman keganasan dan ekstremisme kepada rakyat.

Ketua Menteri Penyelaras untuk Maklum Balas Kerajaan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja terhadap Serangan Pengganas di Masjid Christchurch, Andrew Little membuat kenyataan itu sebelum menghadiri Mesyuarat Sub-Rantau keempat mengenai Membanteras Keganasan dan Keselamatan Transnasional yang akan diadakan di Melbourne, Australia.

Dipengerusikan bersama oleh Australia dan Indonesia, mesyuarat itu menjadi platform perbincangan dan kerjasama mengenai keselamatan termasuk keselamatan global, daya tahan siber, menentang serta mencegah keganasan dan ekstremisme, kata Little.

New Zealand tekad kurangkan ancaman keganasan
New Zealand tekad kurangkan ancaman keganasan

BACA >> Penolong akauntan direman dakwaan terima rasuah RM41,768

Mesyuarat itu turut dihadiri Brunei, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura dan Thailand, lapor Xinhua.

Tahun ini menandakan ulang tahun keempat serangan ke atas Masjid Christchurch 2019, antara serangan pengganas paling terkenal di New Zealand.

Seorang lelaki bersenjata menyerang dua masjid di Christchurch pada 15 Mac 2019, membunuh 51 orang dan mencederakan 40 yang lain. – SM

.
Dapatkan berita Suara Merdeka dengan pantas terus ke Whatsapp anda.
>> Klik dan sertai Suara Merdeka sebelum tinggalkan halaman ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button