Luar Negara

New Zealand bakal beri bantuan produk haid percuma kepada semua pelajar perempuan di semua sekolah!

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan pada Khamis lalu bahawa semua sekolah akan menyediakan produk haid percuma kepada pelajar perempuan selama tiga tahun.

Jacinda berkata langkah ini merupakan inisiatif global untuk mengurangkan masalah “period poverty” dimana pelajar perempuan di negara itu tidak mampu membeli produk haid seperti pad atau tampon sekaligus menyebabkan mereka tidak ke sekolah.

Pengumuman itu dibuat selepas satu program pra ujian untuk mengkaji isu ini dijalankan selama enam bulan yang melibatkan 3,200 pelajar di 15 sekolah di wilayah Waikato di negara ini.

Inisiatif itu akan bermula pada bulan Jun di sekolah rendah dan menengah di negara itu dan dijangka menelan belanja 25 juta dolar New Zealand ($17.96 juta).

“Orang muda tidak boleh ketinggalan dalam pendidikan mereka kerana sesuatu yang merupakan normal dalam kehidupan mereka,” katanya di luar sebuah sekolah di kota Hamilton.

Meskipun, New Zealand adalah antara negara terkaya di dunia, sebuah kajian yang diterbitkan tahun lalu oleh badan amal KidsCan mendapati bahawa 20,000 pelajar New Zealand berisiko tidak dapat membeli tampon atau produk haid yang lain.

Manakala menurut Sarah Donovan, pengkaji dari University of Otago, kanak-kanak tidak akan ke sekolah jika mereka tidak mempunyai produk haid untuk dibawa ke sekolah apabila datang haid.

“Kanak-kanak perempuan tidak akan pergi ke sekolah jika mereka tidak mempunyai produk haid, kerana ianya sangat memalukan dan memalukan.

“Masih ada stigma besar mengenai isu ini dikalangan mereka. Ianya merupakan masalah ketidaksamaan sosial yang tidak disangka oleh siapa pun”, katanya.

Malah, satu kajian yang diketuai oleh Dr. Donovan mendapati bahawa pelajar dari komuniti imigran Maori dan Pulau Pasifik, secara statistik lebih cenderung terjejas kerana kemiskinan, lantas cenderung untuk tidak mampu membeli produk haid.

Kajian itu menunjukkan 15 peratus pelajar Maori dan 14 peratus pelajar dari Pulau Pasifik ketinggalan untuk ke sekolah kerana tidak mampu membeli produk haid.

Di New Zealand, perkiraan untuk membeli produk haid boleh menelan belanja sebanyak 15,000 dolar New Zealand, atau $10,800 bagi seumur hidup mereka.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button