Sukan

Neto Oliviera tambah keyakinan Penang FC menentang Sabah

KEHADIRAN pemain import baharu, Neto Oliveira menambahkan lagi keyakinan Penang PC untuk berhadapan dengan Sabah FC pada aksi pembukaan Liga Super 12 Mei ini.
Jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli berkata, ia juga menjadi medan bagi menguji kemampuan sebenar pemain import baharu itu.
Katanya, pemain kelahiran Brazil berusia 26 tahun itu berkemungkinan besar akan disenaraikan dalam kesebelasan utama.
Tetapi katanya, buat masa ini pihaknya masih memantau prestasi dan tahap kecergasannya memandangkan baru seminggu berlatih bersama pasukan.
Beliau juga percaya pemain berusia 26 tahun itu akan cepat menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan berdasarkan pengalamannya yang pernah beraksi dengan beberapa kelab profesional dalam Liga Brazil termasuk Santos FC dengan dibantu tiga lagi pemain import iaitu Rodrigo Dias, Rafael Vitor dan Richmond Ankrah yang dipinjamkan daripada Selangor FC. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button