Hiburan

Netizen sukar terima punca kematian Nidza Afham mati

MENURUT kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan bedah siasat terhadap mangsa Nidza Afham diklasifikasi mati mengejut.

“Bedah siasat dijalankan pada 11 pagi sehingga 3 petang ke atas mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar.

“Punca kematian adalah menunggu laporan siasatan makmal dan tiada kecederaan fizikal,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata,  kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu polis dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan penemuan mayat lelaki dewasa di sungai sekitar Jambatan Sungai Klang, kira-kira jam 7 petang semalam adalah Nidza Afham.

Mayat penyanyi itu dijumpai orang yang memancing di kawasan itu iaitu lebih kurang 1 kilometer daripada jambatan yang ditemui telefon bimbit dan dompet

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button