NasionalRencah Hidup

Netizen luah rasa kecewa dengan PDRM, trending di Twitter

PENGGUNA media sosial khususnya di Twitter meluahkan kekecewaan terhadap jabatan kerajaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP).

Netizen menerusi perkatan ‘PDRM’ yang berada dalam lima teratas trending pada hari ini meluahkan menyifatkan jabatan kerajaan itu berterusan bersikap ‘berat sebelah’.

Hal berkenaan dikuatkan lagi dengan tindakan penguatkuasaan yang diambil terhadap seorang peniaga burger apabila didenda RM50,000 kerana berniaga melebihi had masa.

Situasi berkenaan langsung dibandingkan dengan beberapa majlis melibatkan individu penting (VIP) dan juga selebriti yang kini masih lagi belum dikenakan sebarang tindakan.

Malah, PDRM dilihat sudah hilang nilai kemanusiaan dalam kalangan pegawai dan anggotanya apabila menguatkuasakan undang-undang tanpa mengira kesusahan yang dihadapi orang lain.

“Kenapa PDRM ambil masa sampai berminggu-minggu untuk menyiasat majlis perkahwinan (Neelofa dan Haris) yang terang-terang ada gambar dan video serta tular dalam media sosial.

“Malah, PDRM terlalu lama untuk membuat keputusan termasuklah mengenakan denda. Sebaliknya, mereka mengenakan denda RM50,000 kepada peniaga burger dan RM1,500 kepada penumpang bas?” soal @Iqtodabal dalam ciapannya.

“Sememangnya hilang rasa hormat kepada PDRM. Anda semua tak perlu mengadu ketika berkhidmat kepada rakyat dan negara. Itu memang tugas anda.

“Jangan minta kami untuk hormat sebab anda semua adalah ‘lawak’,” kata @jamunah_velu.

https://twitter.com/jamunah_velu/status/1386868853653733378

Selain itu, ada juga netizen melahirkan rasa kecewa dengan pemimpin dalam kerajaan yang bertindak berdiam diri apabila isu dua darjat dalam penguatkuasaan berlaku.

“Rakyat tak sabar hendak humban Kerajaan Akuan Bersumpah Perikatan Nasional (PN) sebab rakyat geram sangat.

“Pihak berkuasa di Thailand pun berani denda pemimpin, Perdana Menteri Thailand yang berkuasa besar dalam tentera Thailand.

“Ini dekat Malaysia, pun takut-takut hendak kompaun Menteri Agama, dan VVIP majlis perkahwinan kayangan. Belum sebut fasal bisnes Chattime sampai rentas negeri gambar macam honeymoon.

“Tetapi peniaga burger sesuka hati pihak berkuasa saman RM50,000 melebihi daripada denda maksimum, si menteri undang0undang Pas ini cakap.

“Menteri undang-undang pun tak selari dengan PDRM, pun pelik juga?” kata pengguna, @AbdulRahman8689.

https://twitter.com/AbdulRahman8689/status/1386865378207232000

Terdahulu PDRM dalam beberapa siri kenyataan yang dikeluarkan oleh pegawai-pegawai kanannya memberitahu penguatkuasaan SOP akan diperketatkan termasuklah larangan merentas negeri menjelang sambutan Aidilfitri.

Ini termasuklah, cadangan PDRM untuk memeriksa rumah yang dikunjung ramai tetamu dengan mengenalpasti jumlah kenderaan dan kasut.

Lebih 17,300 ciapan dengan PDRM dibuat oleh pengguna media sosial di Twitter, berada pada kedudukan teratas dalam trending hari ini adalah Malaysia dan #KerajaanGagal. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button