Politik

Ahli politik marah Timbalan IGP sifatkan ugutan rogol sebagai gurauan

BEBERAPA pemimpin ahli politik wanita melahiran perasaan marah terhadap Timbalan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani yang menyifatkan ugutan rogol terhadap pelajar, Ain Husniza Saiful Nizam, 17, sebagai “mungkin gurauan oleh rakan sedarjahnya”.

Ahli Parlimen Petaling Jaya (PKR) Maria Chin Abdullah berkata, beliau terkejut dengan kenyataan tersebut yang dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan jahil.

Menurut beliau, rogol tidak pernah menjadi satu bentuk jenaka tidak kira ia dilakukan atau dilafazkan.

Ini kerana rogol merupakan satu bentuk kekerasan, penghinaan, memunculkan motif kemarahan dan mengenai pertunjukan kekuasaan terhadap mangsa yang lebih lemah.

“Kata-kata Timbalan Ketua Polis Negara tidak hanya meremehkan
ancaman yang berlaku terhadap Nur Huzniza tetapi juga telah membenarkan
keganasan terhadap wanita sebagai sesuatu kejadian yang boleh diterima.

“Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara telah melemparkan usaha selama puluhan tahun usaha yang dilakukan oleh pergerakan wanita dan pihak berkuasa lain untuk tidak toleransi terhadap keganasan terhadap wanita,” katanya.

Turut menyatakan kekesalan adalah Ketua Wanita Barisan Nasional Pulau Pinang Datuk Norliza Abdul Rahim.

Menurutnya, kenyataan Acryl Sani seolah-olah pihak polis memandang ringan ugutan seksual terhadap seorang perempuan.

“Pihak polis perlu memandang serius ugutan seperti ini dan bukannya diremeh-temehkan. Pihak polis mempunyai moral kepolisan untuk menegakkan undang-undang dan memastikan gangguan seksual dititiknotaktahkan.” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan gurauan yang membawa unsur seks boleh sama sekali dibenarkan dalam sistem pendidikan kita, lebih-lebih lagi antara guru dan pelajar di dalam waktu pengajaran dan pembelajaran.

Malaysiakini semalam melaporkan, Acryl Sani menyifatkan ugutan rogol terhadap seorang pelajar sebagai “mungkin gurauan oleh rakan sedarjahnya”.

Ain Husniza 17, sebelum ini mendakwa menerima ugutan itu dari rakan sekelasnya setelah mendedahkan seorang guru lelaki yang membuat jenaka mengenai rogol di dalam kelas.

“Pelajar berkenaan (Ain) telah membuat dua laporan polis, pertama beliau membuat berkaitan dengan apa yang beliau rasakan pendekatan guru tersebut tidak begitu proper (wajar).

“Semalam beliau membuat laporan tambahan berkaitan dengan mungkin gurauan daripada rakan sedarjahnya yang beliau mungkin tidak dapat terima,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam semalam.-SM

(Visited 1,254 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button