BeritaEkonomi

Netizen kempen mansuh sistem Touch N Go

SUARA MERDEKA: Warga maya atau netizen hari ini melancarkan kempen bagi menghapuskan sistem Touch N Go yang dianggap tidak lagi sesuai digunakan dan menyusahkan serta perlu bayaran tambahan sedang dalam banyak transaksi menggunakan pay wave tanpa tambahan bayaran.

Kempen #MansuhTouchNGo kini menjadi trending di Twitter.

Menurut mereka, sebelum ini Plus mahu menggunakan sistem RFID yang membolehkan pengguna membayar melalui TnG dan kad debit atau kad kredit, tetapi tidak dibenarkan oleh pengendali CIMB yang dianggap sebagai bank yang tamak.

Sebelum ini CIMB Group Holdings BHD syarikat induk kepada Touch ‘N Go Sdn Bhd telah mengheret PLUS Malaysia Bhd ke mahkamah kerana dikatakan melanggar kontrak apabila memperkenalkan sistem RFID

Setakat ini terdapat hampir 3,000 ciapan yang menggunakan tanda pagar tersebut. Pengguna membantah kerana mereka perlu membayar tambahan untuk perkhidmatan Touch N Go berbanding Pay Wave yang tidak membabitkan bayaran tambahan.

Netizen juga mendesak kerajaan mengambil tindakan terhadap syarikat terbabit yang mengamalkan monopoli dan menurut mereka jika di negara maju seperti Eropah syarikat yang berkonspirasi mengamalkan monopoli akan didenda berbilion ringgit, tetapi di Malaysia kerajaan langsung tidak peduli.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button