Politik

Netizen harap Anwar benar-benar angkat sumpah

PENGGUNA media sosial yang mengikuti Facebook Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Ketua Pembangkang itu benar-benar angkat sumpah.

Hal demikian susulan Ahli Parlimen Port Dickson itu memaklumkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, As Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah pada Selasa hadapan.

Malah, pelbagai reaksi ditunjukkan netizen dalam ruangan komen kenyataan Anwar menerusi Facebooknya.

Ini kerana, melihat figura politik kegemaran mereka menjawat jawatan nombor satu negara itu adalah satu penantian lebih 20 tahun.

“Semoga dipermudahkan DSAI. Kami sentiasa menunggu perkhabaran gembira,” kata Nor Shafinawati.

“Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan DSAI dan rakyat,” komen Nur Amalynna Lynna.

“Moga Allah perkenankan Perdana Menteri yang mengangkat martabat rakyat Amin..,” doa Adzman Kamaruddin.

“Semoga dipermudahkan segala urusan Datuk Seri, Tuhan memberkati,” luah Billy Nambi.

“Yang ini baru betul. Yang lain tu banyak kali sudah cakap jangan percaya. Tetapi masih percaya juga sambil memaki semasa netizen. Tahniah DSAI,” kata Mohamat Rizal.

Lebih menggelikan hati, ada yang sanggup melakukan perkara tidak senonoh jika beliau benar-benar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

“Hidup Anuar (Anwar) aku nak terlanjang (telanjang) lah kalau nuar (Anwar) angkat sumpah,” komen Shafiq Sazali.

Bagaimanapun, komen tersebut dibalas netizen lain yang menasihatkannya supaya berhati-hati mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Bahaya bro.. nanti turun naik mahkamah kerjanya,” balas Izaq Ramli.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pengguna Facebook yang mengambil kesempatan untuk membantah Anwar daripada menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Malah, ada juga yang membuat andaian dalam tempoh lima hari sehingga tiba hari Selasa nanti, pelbagai perkara boleh berlaku.

“Dalam lima hari, macam-macam boleh berlaku,” kata Mu’az Muhaimin.

“Terbaik abang, orang lain rampas kuasa tak boleh, dia rampas boleh. Good luck pakcik,” luah Faris Che Nordin.

“Aku rasa Malaysia ini lebih aman kalau Datuk Seri duduk ‘dalam’ baliklah,” komen Shiam Miey.

“Kita tengah risau Covid-19 yang tengah merebak, ini pula yang dia risaukan, aduhai,” keluh Norsaleha Ali.

Terdahulu, Anwar dalam satu kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong bersetuju untuk menerima menghadapnya.

Polemik sedemikian timbul susulan sidang akhbar yang diadakan beliau pada bulan lepas memberitahu mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Malah, beliau mendakwa majoriti yang diperolehnya lebih kukuh, stabil dan meyakinkan berbanding Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button