PRK

Nelayan Tanjung Piai dapat bantuan sagu hati selepas PRK

NELAYAN di kawasan Parlimen Tanjung Piai akan mendapat bantuan sagu hati sebanyak RM1,000 yang akan diuruskan kerajaan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti.

Menurut Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu, pemberian itu jika disalurkan sekarang menyalahi Akta Pilihanraya kerana kini merupakan kempen PRK itu.

“Tak boleh beri sekarang sebab kempen ketika ini (PRK),” katanya kepada wartawan ketika ditanya selepas Forum Kopitiam bersama calon Pakatan Harapan (PH) di Taman Utama, Pekan Nanas, Pontian malam ini.

Mohamad berkata demikian sebagai reaksi kepada laporan media mengenai kekecewaan lebih 800 nelayan di Parlimen Tanjug Piai yang mendakwa dinafikan wang sagu hati yang dijanjikan setelah tiga kali tertangguh.

Mereka menyifatkan kegagalan kerajaan menyelesaikan segera pemberian wang sagu hati RM1,000 diterima sejak tahun 2016 menyebabkan pendapatan mereka terjejas, ditambah pelbagai insentif dinikmati nelayan kini dipotong.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button