Nasional

Negeri lebih 90% dewasa lengkap divaksin bertambah

SEBUAH lagi negeri mencatatkan lebih 90 peratus penduduk dewasa telah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19.

Sehingga semalam, Perlis telah mencatatkan 90.1 peratus populasi dewasanya lengkap divaksin.

Lembah Kelang iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merupakan kawasan tertinggi merekodkan populasi dewasa lengkap divaksin iaitu 110.2 peratus diikuti Labuan (98.4 peratus) dan Negeri Sembilan (96.7 peratus).

Menurut Jawatakuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin 85.1 peratus atau 19.912 juta penduduk dewasa di Malaysia telah menerima dua dos vaksin.

Secara keseluruhan 19.945 juta atau 61.1 peratus penduduk di Malaysia telah lengkap menerima vaksin Covid-19.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button