Negaraku berkumandang di Sepanyol kerana Syarifuddin Azman
Manakala Adam Nordin bangkit semula dalam aksi Moto2
Tahniah Sepang International Circuit (SIC) bersama perlumbanya Syarifuddin Azman memenangi perlumbaan pertama Moto3 di pusingan ketiga Junior World Championship FIM CEV Repsol di Catalunya Sepanyol, taniah sekali lagi diucapkan atas kemenangan semalam, yang begitu menarik sekali persembahan beliau di kelompok hadapan hingga saat akhir mendapat peluang untuk mendahului dengan cemerlang sekali!!.
Syarifuddin yang lebih dikenali sebagai Damok menamatkan perlumbaan dengan kemenangan bergaya apabila mencatatkan masa 29 minit 32.553 saat dalam 16 pusingan sejauh 74.5 kilometer
Syarifuddin memulakan perlumbaan di tangga ke-10 sebelum berada dalam kelompok hadapan sebelum mendahului di selekoh ke-10 sehingga ke garisan penamat. Selepas empat pusingan perlumbaan, Syarifuddin kini menduduki tangga keenam dengan 31 mata.
Semoga dengan kemenangan ini membuka mata semua pihak, bahawa pelumba dari Malaysia sememangnya berbakat dan padu!.
Manakala seorang lagi perlumba berbakat negara, Adam Nordin yang telah berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-4 semalam di perlumbaan memburu podium kejuaraan dalam saingan CEV Moto2 di litar yang sama. Taniah atas semangat juang dan tidak putus asa, walaupun Adam Nordin terjatuh di perlumbaan pertama namun beliau berjaya bangkit semula di perlumbaan ke-2. – SM
Kredit : EnjinDot.Com