Neelofa, PU Riz dan rakan artis berjaya buat kutipan cecah RM2 juta bantu Palestin
SELEBRITI dan usahawan, Neelofa bersama suaminya, PU Riz serta rakan artis lain berjaya mengutip RM2 juta yang akan disalurkan terus kepada kepada rakyat Palestin.
Kempen yang dimulakan sejak 9 Mei lalu itu sudah mencecah kutipan RM2 juta yang mana akan disalurkan terus kepada rakyat Palestin yang akan digunakan untuk kos perubatan, kemanusiaan, kecemasan dan keperluan mendesak yang lain.
Sumbangan itu juga adalah inisiatif yang dijalankan pihak Jomdonate menerusi kempen Donate 4 Palestine dengan kerjasama beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Muslim Care, Pertubuhan Kasih Neelofa serta rakan-rakan artis dan influencer.
Menurut PU Riz, apa yang dibuat bukan semata-mata untuk memberikan bantuan, sebaliknya ia sebagai bukti kasih sayang dan keprihatinan sesama saudara Islam.
Mari kita bersama-sama bantu mereka dengan menghantar sumbangan dan menginfaqkan harta kita ke jalan Allah SWT sebagai tanda sokongan kita kepada mereka. Doa juga adalah senjata bagi umat Islam, maka kita jangan berhenti berdoa untuk saudara kita disana agar mereka terus kuat dan sentiasa dilindungi Allah.
“Setiap wang ringgit yang disumbangankan ini mungkin kecil pada kita, tetapi ia amat besar pada mereka yang memerlukan. Mungkin juga ia boleh menjadi asbab untuk kita mudah masuk ke syurga, insya-Allah,” katanya.
Menurutnya lagi, dia juga berharap bantuan yang diberikan dapat memberi sinar harapan buat saudara Islam di sana.
“Semoga setiap nilai yang dikeluarkan untuk meringankan beban mereka, Allah SWT memudahkan urusan seharian kita semua,” katanya.
Dalam pada itu, Difahamkan bantuan kemanusiaan mula memasuki Semenanjung Gaza susulan pengumuman gencatan senjata Israel dan Hamas selepas pertempuran selama 11 hari.
Konvoi lori membawa bantuan mula memasuki pintu masuk Kerem Shalom selepas ia dibuka semula oleh rejim zionis Israel.
Ia membawa makanan, bahan api dan ubat-ubatan yang amat diperlukan penduduk Palestin, ketika ini.
Serangan rejim zionis di Semenanjung Gaza selama 11 hari itu menyebabkan 248 penduduk Gaza terkorban termasuk 66 kanak-kanak, sejak 10 Mei lalu.
Ia turut menyebabkan 1,948 cedera, menurut kementerian kesihatan.
Selain itu, ia menyebabkan kemusnahan bangunan apabila bangunan runtuh dan 120,000 orang terpaksa meninggalkan kediaman untuk mencari tempat perlindungan, menurut Hamas.
Untuk sumbangan, boleh klik pada pautan DONATE https://jomdonate.com/campaigns/190 – SM