Neelofa dah berbadan dua ke?
WALAUPUN tidak begitu aktif dalam dunia seni, nama pengacara dan usahawan, Neelofa sering menjadi sebutan di media sosial.
Satu persatu isu perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) menjadi tumpuan netizen sekaligus menaikkan nama Neelofa dalam carian di laman sesawang.
Tetapi bukanlah semua perkara negatif sahaja, bantuan kepada pihak hospital yang dihulurkan Neelofa juga mendapat pujian netizen apatah lagi negara sedang berdepan pandemik Covid-19.
Terbaharu, ada yang mengatakan bahawa Neelofa kini berbadan dua selepas melihat satu gambar yang dimuat naik di akaun Instagram Markaz Tijari.
Gambar itu memaparkan Neelofa berpegangan tangan dan saling berpandangan bersama suaminya, PU Riz.
Ada komen daripada netizen yang memberitahu bahawa ternampak ‘baby bump’ di dalam gambar tersebut.
Disebabkan itu juga, ramai yang mula mengucapkan tahniah dan ada juga yang meminta supaya Neelofa mengeluarkan produk baharu khusus untuk golongan wanita mengandung.
Namun, sehingga kini belum ada pengumuman rasmi daripada pasangan ini berkenaan dengan status terkini Neelofa sama ada berbadan dua atau tidak.
Ini bukan kali pertama Neelofa dikatakan sedang berbadan dua kerana sekitar bulan Mei lalu, khabar angin sama juga menjadi bualan netizen.
Semuanya kerana Neelofa meletakkan nama suaminya di bahagian perutnya ketika memuat naik satu gambar di media sosial.
Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz telah mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021. -SM