Politik

Nasib Pejuang ditentukan hari ini

Nasib parti Pejuang akan ditentukan di mahkamah hari ini. Sama ada diluluskan pendaftaran atau pun tidak.

Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berharap mahkamah dapat mendesak Pendaftar Pertubuhan (ROS) membuat keputusan melulus atau menolak pendaftaran Pejuang sebagai sebuah parti.

Menurut Mukhriz, keputusan meluluskan sepatutnya tidak diberikan kepada menteri dalam negeri, tetapi diputuskan oleh ROS.

Bagaimanapun kata beliau, jika Pejuang gagal didaftarkan, para pemimpin parti berkenaan telah merancang untuk tetap bertanding di bawah tiket parti pada pilihan raya akan datang.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan apakah perancangan tersebut.

Parti Pejuang ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 12 Ogos tahun lalu.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button