Luar Negara

Penyokong Trump serbu Capitol, pengesahan kemenangan Biden tertangguh

USAHA Kongres untuk mengesahkan kemenangan Joe Biden pada  pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada Rabu terhenti sementara ekoran penyokong Trump menyerbu ke bangunan Capitol di mana anggota kongres bersidang.

Penyokong Trump telah memecahkan penghadang polis dan cuba memasuki bangunan pentadbiran kerajaan AS termasuk ada yang memecahkan tingkap.

Pejabat di Capitol AS mengumumkan lockdown dan anggota kongres mengatakan di Twitter bahawa mereka berlindung di pejabat masing-masing ketika penyokong Trump diihat menyerbu ke situ.

Mereka memecah dan menterbalikkan pengadang yang dibuat oleh polis dan tidak mempedulikan amaran yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Penunjuk perasaan bertindak demikian ketika kongres sedang bersidang untuk mengesahkan kemenangan Joe Biden.

“Kami tidak akan pernah menyerah,” Trump sebelum itu mengatakan kepada ribuan penyokongnya yang bersorak berhampiran Rumah Putih.

“Kami tidak akan pernah tewas. Itu tidak terjadi. Anda tidak mengakuinya jika ada pencurian,” kata Trump.

 

(Visited 143 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button