NasionalpilihanPolitik

Naratif Zahid Hamidi akan naik jadi Perdana Menteri cuma kempen terdesak – Ismail Sabri

Naratif satu undi untuk Barisan Nasional (BN) adalah satu undi kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dimainkan oleh pembangkang disifatkan sebagai kempen terdesak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kenyataan itu bukanlah baru, malah sudah kerap digunakan parti pembangkang untuk meraih undi.

Katanya, dakwaan itu juga tidak berasas kerana keputusan dibuat oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan usul dalam Perhimpunan Agung UMNO sudah jelas beliau akan dikekalkan sebagai Perdana Menteri jika BN menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Pengundi sudah berbeza dan tidak boleh dimomokkan dengan naratif sama kerana mereka sudah tahu menilai.

“Apa yang penting kini, BN komited untuk berkempen dan membuktikan parti ini mampu membela nasib rakyat,” katanya selepas menghadiri Program Kenduri Rakyat di Kemayan, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata akan terus memastikan pengundi jelas dengan perancangan yang bakal dibawa BN.

Katanya, kempennya di Bera lebih tertumpu untuk bertemu seramai mungkin pengundi dan memberi penerangan mengenai pembaharuan yang ditawarkan BN.

“Bajet 2023 bukan bajet ‘overpromise’ seperti dilakukan oleh pembangkang dan akhirnya tidak dapat ditunaikan ketika mereka memerintah.

“Kerajaan sudah memastikan Bajet 2023 yang dibentangkan tempoh hari mempunyai keupayaan kewangan bagi membolehkan ia dilaksanakan,” katanya.

Kredit: Berita Harian

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button