Nasional

Nama Timah kekal tapi bersyarat – Alexander Nanta Linggi

Kerajaan membuat keputusan untuk membenarkan syarikat pengeluar arak, Winepak Corporation (M) Sdn. Bhd. untuk terus menggunakan jenama Timah di pasaran.

Bagaimanapun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, syarikat pengeluar itu dikehendaki memasukkan label tambahan pada botol wiski itu untuk menjelaskan bahawa nama itu sebenarnya merujuk kepada bijih timah, seperti yang diusulkan oleh syarikat itu sendiri.

“Saya sudah membuat pertemuan dengan syarikat pengeluar tersebut dan berbincang bagaimana kita boleh tangani masalah ini.

“Saya kemudian membawa usul syarikat itu ke Kabinet dan Kabinet bersetuju dengannya,” katanya seperti dilaporkan Sin Chew Daily.

Keputusan itu dibuat setelah Alexander memaklumkan bahawa Winepak bersedia menukar nama dan imej pada label produk namun memohon tempoh seminggu untuk berbincang dengan pemegang saham dan lembaga pengarah pada 28 Oktober lalu.

Related Articles

Alexander turut memberi jaminan bahawa melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) akan menambah baik prosedur yang melibatkan pelbagai kementerian dan agensi-agensi berkaitan supaya isu yang sama tidak berulang lagi di masa hadapan.

Bulan lalu, jenama arak Timah menjadi kontroversi apabila namanya seolah-olah merujuk kepada nama anak Nabi Muhammad iaitu Fatimah, malah lelaki yang dipaparkan di atas botol arak itu seperti menggambarkan seorang lelaki Islam kerana berjanggut dan memakai kopiah.

Namun, Winepak menafikan dakwaan tersebut, sebaliknya menjelaskan bahawa nama Timah itu hanyalah merujuk kepada bijih timah dan lelaki yang dipaparkan itu sebenarnya merujuk kepada Kapten Tristram Speedy, seorang penjelajah British abad ke-19

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button