Hiburan

Nama Siti Nurhaliza diabadikan di Adelaide, Australia

BUKAN sahaja menjadi penyanyi nombor satu negara, tetapi bakat nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza turut diberi penghormatan di Australia.

Selepas dijulang menjadi sebagai antara 100 selebriti Asia yang berpengaruh, nama Siti kini telah dipahatkan di Walk Of Fame di Adelaide, Australia iaitu sebaris dengan penggiat seni ternama dunia yang lain.

Siti menganggap pengiktirafan yang diberikan terhadapnya itu adalah sebahagian daripada usaha tanpa jemu oleh peminatnya yang sentiasa memberi sokongan ketika susah dan senang.

“Tidak sangka sebenarnya. Nanti kalau ke Adelaide lagi, bolehlah saya ambil gambar dengan Walk Of Fame sendiri,” katanya.

Sementara itu, pengurus Siti, Rozi Abdul Razak pula menganggap pengiktirafan itu sebagai satu hadiah buat penyanyi tersebut.

“Ketika beliau ke Adelaide mengadakan konsert solo pada tahun lalu, meski kondisi kesihatannya tidak begitu baik tetapi tampil yakin penuh amanah hingga ke akhir acara, saya kira ini hadiah buat beliau.

“Tak pernah terfikir di Adelaide ada Walk Of Fame Siti Nurhaliza, jauh tetapi itulah perjalanan seseorang. Di mana ada rezeki, di situlah bertapaknya prasasti,” katanya.

Untuk rekod, Siti terpilih selepas memecahkan rekod undian secara atas talian dan memenangi kategori Public Choice.

Dua lagi selebriti dan penggiat seni yang terpilih bersama Tokti ialah pemuzik (pemain Didgeridoo) terkenal Australia William Barton yang dipilih menerusi kateogiri Pilihan AFCT dan koreaografer Frances Rings yang dipilih menerusi kategori Pilihan Pengkritik.

Sebagai rekod, setiap tahun Adelaide Festival Center akan menamakan 3 selebriti atau pengkarya terhebat dunia berdasarkan 3 kategori iaitu undian orang ramai, pilihan pengkritik dan pilihan AFCT.

Setakat ini mereka sudah menampilkan 130 nama penggiat seni dunia sejak tahun 1973. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button