Nak Cuba Rasa Kicap Buatan Tempatan? Ini Antara Produk TS Falah Yang Ada Di Pasaran!
Sudah menjadi resmi orang-orang kita, jika ingin menjamah selera dengan nasi yang masih panas dengan lauk tertentu misalnya, pasti ramai bersetuju kicap akan jadi peneman utama.
Mana tidaknya, rasa kicap yang dituang ke atas nasi boleh buatkan selera semakin bertambah dan lebih asyik, kicap yang dinikmati itu adalah produk buatan tempatan.
Sehubungan itu kalau bercakap tentang kicap buatan tempatan yang memiliki rasa tersendiri, kicap lemak manis cap Cheri keluaran TS Falah Resources Sdn. Bhd. (TAS Falah) harus diberi perhatian.
Kicap lemak manis ini bukan sahaja sudah lama ada di pasaran malah penggemar rasa kicap boleh mendapatkannya secara terus atau membuat pembelian menerusi platform Shopee.
Selain kicap lemak manis, TS Falah juga ada mengeluarkan beberapa perasa lain seperti kicap lemak masin untuk pelbagai saiz mengikut keperluan dan juga penggunaannya.
Dalam masa sama, TS Falah tidak ketinggalan dalam mengeluarkan produk lain seperti kacang masin taucu dan sos cili yang juga menjadi antara kegemaran rakyat Malaysia.
TS Falah adalah sebuah syarikat bumiputera yang ditubuhkan pada 8 Februari 2019 dan syarikat ini memfokuskan pengeluaran produk buatan Muslim yang mencakupi bahan harian makanan serta bukan makanan.