Politik

Najib pelik Mahathir tidak pernah tuduh dia amalkan nepotisme, kronisme

AHLI Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memahami mengapa bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad terus membuat serangan terhadap beliau termasuk terbaharu dalam hantarannya hari ini.

Najib yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ketujuh berkata, Dr. Mahatir sering mengelarkan beliau dengan bermacam-macam gelaran. Ini termasuk sebagai penyangak, perompak, pencuri, penjual negara, penzina, dan pembunuh.

Bagaimanapun Najib mempersoalkan mengapa Dr. Mahathir tidak pernah mengaitkannya dengan amalan kronisme dan nepotisme.

“PM 4/7/7i seorang ini sering gelar saya macam-macam. Penyangak, perompak, pencuri, penjual negara, penzina, pembunuh dan sebagainya.

“Tapi yang pelik ialah dia tak pernah tuduh saya mengamalkan kronisme dan nepotisme. Dia tak pernah tuduh saya memperkayakan kroni atau ahli keluarga saya dengan projek-projek kerajaan? Kenapa ya?” Tanya Najib.

Dalam hantaran terbaharu di Facebooknya, Dr. Mahathir berasa berasa amat malu dengan orang Melayu yang percaya DAP akan menghancurkan mereka jika parti itu berada dalam Kerajaan Malaysia.

BACA Tun M amat malu Melayu percaya DAP boleh hancurkan mereka

Menurut Dr. Mahathir, orang Melayu hanya akan hancur apabila membenar penyangak jadi pemimpin.

Dalam tuliasnnya, Dr. Mahathir turut melontarkan persoalan sama ada golongan muda yang menyokong bekas Najib sebagai penakut.

“Ada yang kata, walaupun penjenayah, dia Melayu. Semasa dia memimpin dia lindung Melayukah? Dia kalah kerana melindung Melayukah?

“Tepuk dada, tanya selera. Boleh main golf dengan Trump adalah bukti kekuatan untuk lindung Melayukah?

“Pemuda Melayu dahulu lawan dengan British. Tak takut. Pemuda yang sokong Najib ini mencari perlindungan dari Najib. Sudah jadi baculkah?” tanya Dr. Mahathir.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button