BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadual hadir ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya sekali lagi esok dalam usahanya memohon semakan dibuat terhadap sabitan hukuman penjara ke atas beliau dalam kes rasuah SRC International.
Panel lima hakim dijangka mendengar permohonan itu yang dibuat mengikut Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 bagi menentukan terlebih dahulu permohonan dikemukakan bersesuaian dan wajar untuk semakan.
Peguam Guok Ngek Seong berkata, permohonan bagi semakan sabitan dan hukuman jarang membuahkan hasil.
“Jarang sekali kes berjaya mendapatkan semakan,” katanya yang pernah berhujah beberapa kali bagi permohonan seumpama itu. – FMT – SM