Nasional

OKU bakal menikmati pengangkutan awam percuma

Orang kurang upaya tidak lama lagi akan dapat menikmati perkhidmatan pengangkutan awam percuma, kata menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Nancy Shukri.

Nancy berkata beliau berpeluang bercakap dengan menteri pengangkutan Loke Siew Fook sebelum mesyuarat Kabinet hari ini mengenai penyediaan pengangkutan awam percuma untuk orang kurang upaya menaiki LRT, MRT dan bas.

“Loke telah bersetuju dengan perkara ini pada dasarnya dan akan memikirkan mekanisme terbaik untuk melaksanakannya,” katanya dalam catatan Twitter.

Tahun lalu, OKU dapat menikmati perkhidmatan pengangkutan awam percuma di bawah Prasarana selama sebulan bermula 31 Ogos hingga 30 Sept sempena ulang tahun kemerdekaan ke-65.

Mereka hanya perlu menunjukkan kad orang kurang upaya (OKU) daripada jabatan kebajikan.


Menurut Prasarana, secara purata 23,527 dan 26,762 orang kurang upaya masing-masing menggunakan perkhidmatan bas dan rel setiap bulan.

Pada masa ini, pemegang kad OKU hanya menikmati diskaun 50% untuk semua pengangkutan awam.

Community Verified icon

(Visited 30 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button