Belang Bertempat

Najib jangan bitter sangat dengan Muhyiddin

Apa saja usaha diambil oleh kerajaan untuk tangani pandemik Covid-19 dan kesan kepada ekonomi negara, pasti akan diberi komen negatif oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Komen negatif melampau menjadikan Facebook beliau yang mempunyai lebih 4 juta pengikut penuh dengan aura negatif.

Kalau Najib ada masa, tengok-tengoklah sama Facebook miliknya. Jangan dibiarkan berterusan kepada admin yang semakin kehilangan sentuhannya.

Kadangkala hantaran yang dibuat terlalu kebudak-budakan dan tidak menggambarkan Najib sebagai pemimpin yang hebat dan pernah menjadi perdana menteri.

Najib yang sebelum ini terkenal dengan memberi solusi yang bernas kini menjadi Najib yang terlalu bitter.

Memang Najib pernah pecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan sekarang orang dipecat itu mengetuai parti baharu dan menjadi perdana menteri.

Jadi apabila mempunyai peluru menyebabkan Najib menaburnya ibarat peluru penabur dan tidak fokus.

Kalau Najib ada masa lihat juga pengikut beliau semakin kurang iaitu sekitar 100,000 orang.

Kadangkala buah tidak perlu dijolok dia akan gugur kerana dijamah ulat atau sudah ranum.

Begitu juga pemimpin setiap hari dijolok pun belum tentu jatuh, akhirnya kita yang jatuh akibat tersandung kaki sendiri.

Dalam situasi pandemik sekarang tidak banyak pilihan yang ada pada kerajaan.

Tidak ada solusi mutlak yang mampu menyelesaikan segala-galanya.

Setiap keputusan perlu diperhalusi supaya dapat diminimumkan kesannya kepada kehidupan rakyat.

Apa salahnya dalam menghadapi peperangan ini kita bersatu hati dan bukan berlumba menunjukkan siapa lebih pandai dan cerdas.

Kita harus ingat Facebook kita adalah sesuatu yang akan kekal sampai bila-bila. Kalau negatif auranya, kita akan diingat sebagai orang negatif selagi ada dunia yang fana ini.

Saya tutup dengan satu persoalan Apakah Najib sudah jadi Menteri Hal Ehwal Muhyiddin?

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button