Nasional

Naik gaji: Ceupacs yakin Putrajaya tunai janji

Cuepacs yakin Putrajaya akan menunaikan janjinya menaikkan gaji penjawat awam di sebalik desakan sinis wargamaya supaya cadangan itu dibatalkan susulan keputusan PRN, minggu lalu.

Presidennya, Adnan Mat menyifatkan pandangan itu sebagai serong dan tidak berperlembagaan kerana anggota perkhidmatan awam telah melakukan tugas kepada kerajaan, sebagai majikan mereka.

“Kerajaan telah bersetuju meningkatkan gaji, kami amat yakin kerajaan mampu melaksanakannya.

“Keputusan PRN dilihat positif atau negatif itu tajuk lain,” katanya menurut Kosmo pada program perhimpunan penjawat awam di Terengganu.

Adnan berkata, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum ini kekal komited dalam merealisasikan inisiatif kenaikan gaji penjawat awam terbabit.

“Sistem saraan baharu sedang giat dijalankan (Jabatan Perkhidmatan Awam) dengan sesi libat urus melibatkan enam kluster telah selesai.

“Harapan kami agar permintaan seperti gaji minimum RM1,800, penstrukturan tangga gaji, dan kenaikan pangkat dapat dipenuhi dalam sistem saraan baharu itu,” katanya.

Pada PRN Sabtu lalu, Pakatan Harapan-Barisan Nasional berjaya mengekalkan penguasaan di Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan, manakala Perikatan Nasional kekal berkuasa di Kedah, Kelantan, dan Terengganu. – SM

BACA Pembentangan Belanjawan 2023: Anwar Ibrahim sudah bergerak dari Putrajaya ke Parlimen

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button